10
Undang-Undang & Kerja Sosial di Malaysia: Kaitannya dengan Pembangunan Keluarga
RM27.00 RM30.00
Undang-Undang & Kerja Sosial di Malaysia: Kaitannya dengan Pembangunan Keluarga
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9832479312
Size (L x W x H) 24.6 cm x 17.8 cm x 1 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Undang-Undang & Kerja Sosial di Malaysia: Kaitannya dengan Pembangunan Keluarga

Penyunting: Najib Ahmad Marzuki & Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, 2003

ISBN 983-2479-31-2, 160 hlm., RM 30.00

 

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Undang-Undang dan Kerja Sosial Peringkat Kebangsaan pada 18 Ogos 2001, anjuran Institut Pembangunan Keluarga (INPEK), Universiti Utara Malaysia (UUM). Topik yang dibincangkan dalam buku ini meliputi suatu spektrum yang menarik berkaitan dengan undang-undang dan amalan kerja sosial di Malaysia.

 

Persoalan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan kerja sosial di negara ini telah dikupas dengan baik dan berkesan. Begitu juga dengan persoalan tentang Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Beberapa persoalan juga disentuh, termasuklah pelaksanaan Enakmen Keluarga Islam, persoalan juvana, remaja, gangguan seksual di tempat kerja, masalah keganasan rumah tangga, penganiayaan ke atas wanita, dan poligami.

 

Dengan kupasan yang menyeluruh dan komprehensif menggunakan bahasa yang mudah menjadikan buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan, dan berupaya mencetuskan satu pemikiran.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews