✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
Karnival Buku Ilmiah Malaysia 12 Okt - 12 Nov 2020: 15% additional discounts when using coupon code KABI2UUM upon checking out
10
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
RM31.50 RM35.00
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Price RM31.50 RM35.00
Product SKU 9789670876801
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 1.2 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia

Editor: Harlida Abdul Wahab & Mumtaj Hassan, 2016

ISBN 978-967-0876-80-1, 187 hlm., RM 35.00

 

Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema yang khusus bermula dengan perspektif hubungan majikan dan pekerja, isu-isu perundangan dalam perhubungan pekerjaan dan tadbir urus pekerja di sektor awam. Buku ini mampu menyediakan pembaca dengan maklumat dan panduan berkaitan isu-isu kontemporari tadbir urus dan sumber manusia secara ilmiah.

 

Kebelakangan ini, pelbagai bentuk cabaran timbul dalam menguruskan sumber manusia di sesebuah organisasi, sama ada organisasi awam ataupun swasta. Segala isu dan permasalahan berkaitan dengan sumber manusia perlu ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya. Paling penting, ia hendaklah berpandukan kepada perundangan sedia ada memandangkan perhubungan majikan dan pekerja adalah berbentuk perhubungan yang terkawal serta berada di bawah pemantauan undang-undang. Justeru, undang-undang adalah satu aspek yang tidak boleh dielakkan dalam menguruskan sumber manusia.

 

Buku ini bukan sahaja mensasarkan golongan pekerja, malah meliputi majikan, pengurus, pelajar dan mereka yang bakal menempuh alam pekerjaan untuk memahami isu-isu yang berkaitan. Walaupun berkonsepkan perundangan, maklumat dan kupasan isu-isu dikemukakan menerusi pendekatan umum dan bersifat santai bagi memudahkan kefahaman pembaca. Hal ini sekali gus dapat mendekatkan pembaca dengan bidang undang-undang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews