✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
5% additional discounts when using coupon code UUM20 upon checking out
10
Tun V. T. Sambanthan: Pembela Masyarakat India di Malaysia
RM30.60 RM34.00
Tun V. T. Sambanthan: Pembela Masyarakat India di Malaysia
Price RM30.60 RM34.00
Product SKU 9789670876146
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 1 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Tun V. T. Sambanthan: Pembela Masyarakat India di Malaysia

Arumugam Raman, 2015

ISBN 978-967-0876-14-6, 115 hlm, RM 34.00

 

Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa khususnya masyarakat India di Malaysia. Pengorbanan harta beliau demi membina sebuah sekolah untuk penduduk tempatan jarang-jarang kita dapat dengar.

 

Kaum India menganggap beliau sebagai ‘keturunan karnan’. Mengikut epik Mahabaratha Karnan merupakan seorang berhati murah dan akan memberi apa saja yang dipinta oleh orang lain. Selain memiliki hati yang murah Sambanthan juga memiliki nilai-nilai murni yang terpuji seperti kesabaran, menghormati orang lain dan bertanggungjawab. Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu.

 

Pembelaan beliau ini dapat dilihat daripada dua sudut. Pertama MIC diambil alih oleh kumpulan majoriti Tamil yang dipinggirkan selama beberapa tahun oleh pemimpin elit (Ceylon, Punjabi dan elit Tamil). Terdapat jurang yang besar antara kepimpinan golongan elit dengan golongan bawahan. Sambanthan merapatkan hubungan pimpinan MIC dengan golongan bawahan dan memenangi hati para pekerja ladang yang menjadi 80 peratus penduduk India di Tanah Melayu. Kedua pula menyelamatkan pekerja India yang berhadapan dengan masalah fragmentasi ladang.

 

Kebanyakan ladang besar dipecahbelahkan dan dijual oleh pemilik Eropah apabila Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Akibatnya para pekerja ladang berhadapan dengan kehilangan pendapatan dan penginapan.

 

Sambanthan menubuhkan Koperasi ataupun lebih dikenali NLFCS untuk membeli ladang-ladang yang menghadapi masalah fragmentasi. Sambanthan sekali lagi dijulang sebagai wira kaum pekerja ladang. Sumbangan Tun V.T. Sambanthan dalam arena politik ataupun kebajikan perlu didokumentasikan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews