10
Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam
RM31.50 RM35.00
Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam
Price RM31.50 RM35.00
Product SKU 9789672363088
Size (L x W x H) 32 cm x 23 cm x 1 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam

Halimah Abdul Manaf & Rozita Abdul Mutalib, 2019

ISBN 978-967-2363-08-8, 170 hlm., RM35.00

 

Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusan sumber manusia agar potensi dan bakat yang dimiliki oleh pekerja dapat dimaksimumkan bagi memberikan perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada masyarakat. Bakat dan potensi pekerja dapat dimaksimumkan dengan kemudahan teknologi dan Internet yang telah mengubah cara pemikiran dan interaksi antara pekerja sesama pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain.

 

Berasaskan kepada sumber manusia sebagai aset penting organisasi, buku ini membincangkan peringkat transformasi yang berlaku dalam organisasi dengan memberi pendedahan pada peringkat awal dari segi konsep, perkembangan dan pengaruh persekitaran kerja yang dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Transformasi ini diikuti oleh peringkat pertengahan berkaitan dengan fungsi, pendekatan, proses dan teknik dalam mengurus sumber manusia berserta rujukan kes semasa yang bersesuaian.

 

Peringkat akhir transformasi ini membincangkan strategik pengurusan sumber manusia yang boleh dilakukan oleh pembuat dasar dalam merangka program yang bersesuaian untuk kesejahteraan pekerja. Strategi yang relevan dengan keperluan pekerja perlu diberi perhatian bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja diberi penghargaan dan dikongsi dengan pekerja yang lain, terutama pengetahuan tasit.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews