Isu-Isu Pengurusan Alam Sekitar
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003
ISBN 983-9559-93-1, 363 hlm, RM49.20
Buku ini menyentuh beberapa aspek berkenaan alam sekitar daripada pelbagai sudut. Pencemaran alam sekitar di Malaysia dan alternatif penyelesaiannya dilihat sebagai permulaan kepada perbincangan yang lebih menyeluruh.Beberapa permasalahan alam sekitar negara, termasuk fenomena pencemaran dibincangkan dan dihuraikan secara ringkas dan padat.
Antaranya ialah pemusnahan ekosistem hutan bakau dan impaknya terhadap alam sekitar, dan kejadian banjir kilat yang turut diberikan perhatian. Bagi melengkapkan perbincangan, beberapa langkah pengurusan alam sekitar turut diketengahkan. Adalah diharapkan, perbincangan yang diketengahkan dalam koleksi buku ini menjadi panduan yang berguna kepada setiap individu dan masyarakat dalam menjalankan kehidupan yang lebih berkualiti.