✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
Karnival Buku Ilmiah Malaysia 12 Okt - 12 Nov 2020: 15% additional discounts when using coupon code KABI2UUM upon checking out
10
Teori Ujian dan Pentaksiran Pendidikan
RM32.40 RM36.00
Teori Ujian dan Pentaksiran Pendidikan
Price RM32.40 RM36.00
Product SKU 9789670876856
Availability In Stock
Quantity
Description

Teori Ujian dan Pentaksiran Pendidikan

Arsaythamby Veloo & Rosna Awang Hashim, 2016

ISBN 978-967-0876-85-6, 188 hlm., RM 36.00

 

Buku ini membincangkan teori utama dalam pentaksiran pendidikan iaitu Teori Ujian Klasik dan Teori Ujian Moden (Teori Respons Item). Buku ini juga memperkenalkan konsep asas pengukuran, ujian, penilaian dan pentaksiran yang sering menjadi isu dalam kalangan pendidik dan para psikologi. Di samping itu, turut dibincangkan statistik asas yang diperlukan dalam bidang pentaksiran untuk menganalisis dan mentafsirkan data.

 

Buku ini sesuai dalam bidang pendidikan dan menjadi panduan kepada guru dan pensyarah dari segi pembinaan ujian yang berkualiti selaras dengan perkembangan dan keperluan Pendidikan Berasaskan Hasil. Konsep pentaksiran formatif dan sumatif, jenis-jenis ujian objektif dan subjektif serta kaedah pemarkahan juga turut diperkenalkan dalam buku ini.

 

Pada bahagian akhir buku, diperkenalkan tentang statistik asas untuk mentaksir item dan data skor ujian pelajar. Jadual spesifikasi item, analisis item dan penetapan standard markah lulus juga dibincangkan. Pelajar sering melihat pentaksiran sebagai instrumen yang memacu pembelajaran. Justeru, pembinaan ujian yang baik dapat memberi motivasi untuk terus belajar dengan lebih bermatlamat dan berkesan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews