RM27.00 RM30.00
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789672363361
Size (L x W x H) 0 cm x 0 cm x 1.5 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Editor: Mohd Isha Awang & Nurulwahida Hj Azid @ Aziz, 2020

ISBN 978-967-2363-36-1, 156 hlm., RM30.00

 

Buku Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ini mengandungi enam topik menyentuh pelbagai isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Kandungan buku ini mendedahkan pembaca daripada aspek pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran sehinggalah kepada pentaksiran pembelajaran.

 

Di samping itu juga, perbincangan aspek komunikasi dan teknologi maklumat, kebimbangan dan strategi bermain turut dikupas dengan menarik. Kandungan dan susunan yang digarap dengan bahasa yang mudah oleh penulis yang terdiri daripada tenaga akademik berpengalaman di Universiti Utara Malaysia sesuai menjadi rujukan kepada para pendidik dan bakal pendidik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi mahupun institut pendidikan guru.

 

Klik> lihat muka surat kandungan


Mohd Isha Awang ialah tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sejak tahun 1999. Anak kelahiran Kedah ini memperoleh ijazah pertama hingga ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bidang pengkhususan beliau berkaitan dengan Pendidikan Bahasa Melayu dan pentaksiran dalam pendidikan. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan pelbagai penerbitan sama ada dalam bentuk artikel jurnal, akhbar, majalah atau buku-buku ilmiah yang menyentuh aspek pendidikan dan bahasa Melayu.

 

 

Nurulwahida Azid merupakan Profesor Madya di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Bidang kepakaran beliau kurikulum dan pengajaran. Penyelidikannya menumpukan kepada keberkesanan aplikasi interaktif, modul pengayaan dan modul interaktif menggunakan unsur psikologi (kepelbagaian kecerdasan, kecerdasan berfikir Stermberg, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan kes) merentasi kurikulum dan pengajaran. Beliau telah menerima beberapa anugerah untuk hasil penyelidikannya dari Pameran Antarabangsa. Beliau telah berjaya menyiapkan 18 geran penyelidikan sejak tahun 2012 dan kini sedang menyiapkan tiga geran penyelidikan. Beliau kini terlibat dalam penerbitan dan penyelidikan menggunakan reka bentuk penyelidikan pra-eksperimen, reka bentuk penyelidikan eksperimen tulen dan reka bentuk penyelidikan kuasi-eksperimen.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews