Sistem Pengurusan Tatatertib di Tempat Kerja
Editor: Samihah Khalil, 2013
ISBN 978-967-0474-45-8, 208 hlm., RM 47.00
Penerima Anugerah Buku Negara 2013: Buku Umum Terbaik (Kategori Pengurusan)
Buku ini meneliti semua aspek tentang tatatertib di tempat kerja. Bermula dengan perbincangan mengenai konsep asas tatatertib yang menyoroti beberapa istilah penting seperti tatatertib, kawalan tatatertib, peraturan, kesalahan, hukuman, prosedur dan rayuan. Istilah-istilah ini dikupas dengan penerangan berserta dengan keterangan semasa.
Buku ini turut meneliti beberapa konsep utama berkait rapat dengan aplikasi tatatertib di tempat kerja. Model progresif tatatertib yang dipakai oleh sektor awam hari ini diberi kupasan di awal buku ini. . Buku ini harus dibaca oleh semua penjawat awam tidak kira kakitangan bawahan atau atasan.
Kefahaman tentang tatatertib – kesalahan, hukuman, prosedur dan rayuan akan membantu kakitangan bekerja dengan lebih baik. Bagi ketua jabatan, buku ini dapat membantu dalam memperbaiki tatacara mengurus tindakan tatatertib dengan lebih baik dan berkesan.