Sisa Makanan: Punca dan Solusi dari Perspektf Industri Perkhidmatan Makanan
Nurul Azita Salleh, Ong Ping Wen & Muhamad Shah Kamal Ideris
ISBN 978-629-7582-09-2, 75 hlm., RM40.00
Isu berkaitan pembuangan sisamakanan bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Masalah ini berlarutan sejak sekian lama dan saban hari, pasti ada pembuangan sisa makanan di tapak pelupusan sampah. Jika sisa buangan ini tidak diurus dengan baik, ia boleh memberikan kesan kepada alam sekitar. Lambakan sisa makanan telah menjadi semakin kritikal sehingga menjejaskan alam sekitar, ekonomi dan sosial secara global.
Monograf ini membincangkan solusi atau kaedah pengurangan sisa makanan secara tradisional mahupun melalui penggunaan teknologi. Selain itu, monograf ini juga menyentuh aspek kebersihan diri, perkakasan dan premis makanan serta pengawalan binatang perosak dan serangga. Diharapkan pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sisa makanan melalui karya ini.