✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
Karnival Buku Ilmiah Malaysia 12 Okt - 12 Nov 2020: 15% additional discounts when using coupon code KABI2UUM upon checking out
10
Shaari Isa – Ikon Pendidikan Malaysia: Aku Sudah Kembali Ke Laut
RM54.00 RM60.00
Shaari Isa – Ikon Pendidikan Malaysia: Aku Sudah Kembali Ke Laut
Price RM54.00 RM60.00
Product SKU 9789672363293
Availability In Stock
Quantity
Description

Shaari Isa – Ikon Pendidikan Malaysia: Aku Sudah Kembali Ke Laut

Mohd. Yusof Hasan, 2020

ISBN 978-967-2363-29-3, 623 hlm., RM60.00

 

Shaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia – Aku Sudah Kembali ke Laut memperlihatkan kedua-dua hemisfera pemikiran Shaari yang cemerlang dalam bidang sains melalui hemisfera otak kiri (hoki) dan bidang sastera melalui hemisfera otak kanan (hoka).

 

Tajuk kecil buku ini Aku Sudah Kembali ke Laut bermaksud suara hati simbolik arca ikan duyung yang sudah bebas dan merdeka seperti yang digambarkan pada awal novel Lepaskan Kembali Aku ke Laut.

 

Buku ini mengandungi dua bahagian bidang pendidikan yang memberi tumpuan kepada sejarah hidup Shaari Isa secara ringkas dan pendidikan dalam bidang sains, ekonomi, sosiobudaya, perakauan dan keusahawanan, bahasa Inggeris, politik dan ekonomi, kemajuan bangsa dan negara, kerohanian dan kemantapan Islam global.

 

Bahagian kedua pula memberi tumpuan kepada pendidikan yang disampaikan melalui karya kreatif kesusasteraan, iaitu novel tentang pendidikan pengurusan, sejarah dan nasionalisme, dunia korporat, akhlak, moral dan etika, masalah remaja dan dadah, pendidikan tentang peperangan dan percintaan, hubungan kemanusiaan dan kisah drama pentas. Begitulah bidang pendidikan sains dan sastera yang diusahakan oleh Shaari Isa yang sangat relevan dengan sistem pendidikan di negara kita.

 

Klik> lihat muka surat kandungan

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews