30
Risalah Untuk Kaum Muslimin - Kulit Lembut
RM54.60 RM78.00
Risalah Untuk Kaum Muslimin - Kulit Lembut
Price RM54.60 RM78.00
Product SKU 978-967-0149-48-6
Availability In Stock
Quantity
Description

Risalah Untuk Kaum Muslimin - Kulit Lembut
Syed Muhammad Naquib al-Attas, 2014
Halaman: xii + 209
Harga: RM78.00

ISBN:978-967-0149-48-6

Penerbit: Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) 

Sedang Kaum Muslimin di merata dunia menderitai masalah kekeliruan mengenai Islam yang semakin meruncing, Risalah ini mengemukakan pandangan-pandangan Profesor al-Attas yang cukup berdaya-asli dalam maksud membimbing Kaum Muslimin ke jalan yang benar. Sebab utama terjadinya keadaan buruk Kaum Muslimin dewasa ini, menurut beliau, adalah kejahilan masyarakat Muslim itu sendiri mengenai Islam secara yang menyeluruh. Iaitu, Islam sebagai agama yang sebenarnya yang mampu melahirkan peradaban yang luhur lagi agung, yang mampu menghasilkan ilmu-ilmu Islamiah yang tiada taranya dalam sejarah manusia.

 

Kejahilan mengenai Islam itulah yang telah melenyapkan kesedaran akan tanggungjawab individu dan kaum Muslimin terhadap amanah ilmu dan akhlak, dan seterusnya memerangkap mereka dalam pelbagai macam kekeliruan ilmu dan penyelewengan amal, hingga mereka terus terbelenggu pada rantai penjajahan pemikiran Kuasa-Kuasa Besar Dunia masakini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews