✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
Karnival Buku Ilmiah Malaysia 12 Okt - 12 Nov 2020: 15% additional discounts when using coupon code KABI2UUM upon checking out
10
Psikologi Pengurusan Sekolah
RM37.80 RM42.00
Psikologi Pengurusan Sekolah
Price RM37.80 RM42.00
Product SKU 9789670876689
Availability In Stock
Quantity
Description

Psikologi Pengurusan Sekolah

Yahya Don, Yaakob Daud, Siti Hajar Mohamad Yusoff & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, 2016

ISBN 978-967-0876-68-9, 180 hlm., RM 42.00

 

Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan. Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru.

 

Hasil penyelidikan berkaitan pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan psikologi pengurusan yang diaplikasikan diharap dapat menjadi panduan kepada pemimpin dan bakal pemimpin sekolah. Perkara ini penting bagi mendepani kepelbagaian karenah dan masalah.

 

Penyelesaian masalah melalui gaya pengurusan psikologi mampu menghasilkan natijah yang positif tanpa menjejaskan prestasi guru dan pelajar sekolah. Apa yang diharapkan, buku ini dapat membantu dan menjadi panduan praktis kepada pemimpin sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa yang berminat mendalami ilmu pengurusan psikologi ke arah memartabatkan pendidikan dan pengurusan sekolah di Malaysia.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews