40
Program Pemulihan Luar Institusi Untuk Penagih Dadah
RM19.80 RM33.00
Program Pemulihan Luar Institusi Untuk Penagih Dadah
Price RM19.80 RM33.00
Product SKU 9833282407
Size (L x W x H) 21 cm x 14.8 cm x 1.1 cm
Availability Out Of Stock
Description

Program Pemulihan Luar Institusi Untuk Penagih Dadah

Mahmood Nazar Mohamed, Ismail Ishak, Noor Azniza Ishak & Muhamad Dzahir Kasa, 2005

ISBN 983-3282-40-7 , 194 hlm., RM 33.00

 

Kajian ini meneliti program pemulihan dadah yang dijalankan diluar institusi rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia bagi memberi jawapan kepada kekuatan, kekangan serta cabaran yang dihadapi dalam menguruskan lebih daripada 35 ribu orang penagih dadah yang ditempatkan dalam program pengawasan atau program jagaan lanjutan. Kajian ini melibatkan penagih dadah dalam proses kepulihan serta pegawai-pegawai pemulihan di Agensi Dadah Kebangsaan (ADK).

 

Data-data penting mengenai tahap penerimaan, persepsi serta kepuasan penagih dadah dalam kepulihan terhadap program turut dimuatkan dalam monograf ini. Kajian ini juga turut menemui beberapa batasan serta cabaran yang dihadapi oleh organisasi ADK dalam menguruskan program pemulihan dadah diluar institusi. Faktor yang paling ketara ialah batasan sumber manusia dari segi kapasiti, keupayaan dan kemahiran di samping beban kerja yang tinggi serta tidak realistik. Monograf ini dapat menjadi rujukan dan panduan oleh ADK, pegawai-pegawai pemulihan serta pelajar institusi pengajian tinggi yang mengkaji tentang permasalahan dadah dan penagihan dadah di Malaysia

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews