Pesan Hulubalang: Membongkar Rahsia Falsafah Kepahlawanan Melayu Generasi Kini
Emil Bahari & Halim Hamit, 2023
ISBN 978-967-0031-55-2, 258 hlm., RM180.00
Jika bangsa besar Cina mempunyai karya strategi Sun Tzu mengenai Art of War, apakah leluhur bangsa Melayu tidak meninggalkan karya tentang strategi untuk kita ikuti? Persoalan ini membuatkan penulis bertanya justeru meneliti tentang pesanan leluhur Melayu yang boleh dijadikan panduan bagi pemikiran strategi. Sebenarnya, jika dikaji, manuskrip Melayu mempunyai banyak unsur strategi dalam peperangan yang dizahirkan dalam bahasa sastera sama ada tersurat atau tersirat yang sulit digarap oleh masyarakat umum.
Buku ini cuba membongkar pemikiran strategi Melayu melalui titipan budaya, adat dan peribahasa serta menyusunnya melalui pesan seorang hulubalang kepada muridnya, seorang pendekar. Karya ini adalah untuk membugarkan pemikiran strategi Melayu dengan pesanan yang masih relevan untuk semua peringkat terutamanya pelajar sekolah dan pelatih persilatan. Buku ini juga dipersembahkan sebagai satu Kod Kepahlawanan Melayu (Malay Warrior Code) yang bakal menguatkan jati diri insan Melayu yang diharap dapat dizahirkan melalui pengamalan dan pelestarian kebudayaan Melayu.