40
Persaingan Hiperkompetitif: Bersaing dalam Persekitaran Sangat Dinamik
RM32.40 RM54.00
Persaingan Hiperkompetitif: Bersaing dalam Persekitaran Sangat Dinamik
Price RM32.40 RM54.00
Product SKU 9789830684123
Availability In Stock
Quantity
Description

Persaingan Hiperkompetitif: Bersaing dalam Persekitaran Sangat Dinamik

Richard A. D’Aveni & Robert Gunther

Penterjemah: Haim Hilman Abdullah, 2010

ISBN 978-983-068-412-3, 260 hlm., RM 54.00

 

Penerima Anugerah Terjemahan Negara 2012 (Hadiah Penghargaan)

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)

 

Buku ini memaparkan analogi zaman moden terhadap Seni Peperangan yang meliputi strategi perniagaan yang sama seperti strategi Sun Tzu, Macchiavelli mahupun Clausewitz. Ini termasuklah perancangan untuk mengganggu gugat persaingan seperti mengenal pasti dan mencipta peluang, meraih keupayaan untuk mengganggu gugat persaingan melalui pembinaan keupayaan yang fleksibel dan mengamalkan taktik untuk mengganggu gugat persaingan menerusi tindakan membentuk atau mempengaruhi arah dan sifat pesaing dalam bertindak balas.

 

Mana-mana syarikat atau organisasi yang banyak terlibat dalam persaingan akan mendapati buku ini amat berguna terutamanya daripada rangka kerja yang ditunjukkan. Selain memaparkan tentang persaingan, buku ini turut memberikan pengertian tentang faktor persaingan itu sendiri dan penyelesaiannya.

 

Semakin banyak implikasi yang dipertimbangkan maka semakin tinggilah kesedaran yang akan dirasakan tentang betapa perlunya kemahiran perniagaan diterap dan digunakan. RICHARD A. D’AVENI mengajar strategi perniagaan di Amos Tuck School, Dartmouth College dan menjadi perunding kepada beberapa syarikat Fortune 500. Beliau menerima A.T Kearney Award untuk kajian beliau tentang mengapa syarikat besar gagal.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews