10
Perakaunan Perniagaan: Pendekatan Mudah
RM28.80 RM32.00
Perakaunan Perniagaan: Pendekatan Mudah
Price RM28.80 RM32.00
Product SKU 9789670474557
Availability In Stock
Quantity
Description

Perakaunan Perniagaan: Pendekatan Mudah

Noor Afza Amran, Masanita Mat Noh, Natrah Saad & Norhani Aripin, 2013

ISBN 978-967-0474-55-7, 169 hlm., RM 32.00

 

Buku ini disediakan bagi memberi manfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui asas perakaunan dan catatan perakaunan dengan cara yang mudah dan senang difahami. Buku ini menerangkan secara umum tentang definisi perakaunan, cabang perakaunan, kitaran dan dokumen perakaunan. Ini disusuli dengan kupasan konsep asas perakaunan yang memfokuskan persamaan perakaunan, catatan bergu dan analisis urus niaga. Proses catatan perakaunan yang meliputi penyediaan jurnal, lejar, imbangan duga dan penyata kewangan turut dibincangkan.

 

Seterusnya, buku ini memperincikan tentang penyediaan penyata pendapatan yang meliputi pendapatan, perbelanjaan, akruan, untung dan rugi. Penyediaan lembaran imbangan yang menjurus kepada kepentingan, elemen dan pelaporan kewangan perniagaan serta penyediaan dan pentafsiran penyata aliran tunai turut dibincangkan. Aspek lain yang turut dibincangkan ialah analisis penyata kewangan, belanjawan sebagai alat perancangan serta sistem perisian perakaunan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews