✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
10
Pengurusan Sungai Mengikut Undang-Undang
RM28.80 RM32.00
Pengurusan Sungai Mengikut Undang-Undang
Price RM28.80 RM32.00
Product SKU 9789670876467
Availability In Stock
Quantity
Description

Pengurusan Sungai Mengikut Undang-Undang

Harlida Abdul Wahab & Nurli Yaacob, 2016

ISBN 978-967-0876-46-7, 126 hlm., RM 32.00

 

Buku ini membincangkan aspek pengurusan sungai menurut undang-undang. Isu yang diketengahkan dan menjadi perkara utama perbincangan ialah sungai yang menjadi sumber utama membekalkan air kepada manusia. Namun, akibat daripada faktor yang pelbagai termasuk aktiviti manusia, kualiti air sungai berada pada tahap yang membimbangkan. Pencemaran yang berlaku terhasil daripada pembuangan sisa industri, domestik dan sebagainya menjejaskan kualiti air sungai yang sepatutnya membekalkan air bersih untuk kehidupan.

 

Undang-undang dilihat sebagai salah satu mekanisme luaran yang mampu menjamin pengurusan sungai yang sempurna supaya terhindar dari sebarang unsur pencemaran. Selain itu, kerangka perundangan yang sedia ada diaplikasi di Malaysia menjadi punca perwujudan kerangka institusi yakni agensi atau jabatan yang ditubuhkan bagi tujuan melaksana dan menguatkuasakan perundangan tersebut.

 

Atas dasar ini maka skop perbincangan adalah tertumpu kepada tiga perkara iaitu masalah pencemaran dan pengurusan sungai, peruntukan undang-undang yang terpakai di Malaysia, dan agensi yang terlibat dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews