Pengurusan Ekonomi Malaysia Mendepani Cabaran Pandemik Covid-19: Isu dan Penyelesaian
Irwan Shah Zainal Abidin, 2023
ISBN 978-629-7582-43-6, 214 hlm., RM45.00
Pandemik COVID-19 memberikan impak dari pelbagai segi kepada Malaysia dan juga rakyatnya secara keseluruhan. Impak ini juga dirasai oleh penduduk dunia dan juga seluruh negara di dunia. Kesan wabak ini terutamanya dari aspek kesihatan dan ekonomi yang berlaku secara serentak dan bersama di seluruh dunia, mengakibatkan impak pandemik COVID-19 ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak dijangka.
Dalam konteks Malaysia, ketidakstabilan politik yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sedikit sebanyak menjejaskan persediaan Malaysia dalam mendepani cabaran yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dan juga dunia ini. Buku ini ditulis untuk menganalisis cara kerajaan Malaysia mengurus pandemik ini dari sudut ekonomi. Isu dan masalah ekonomi yang timbul akibat daripada pandemik ini dan juga masalah struktur dalam ekonomi Malaysia yang sudah pun wujud sebelum kedatangan pandemik ini dibincangkan dan dianalisis. Penilaian juga akan dibuat sejauh mana kerajaan Malaysia berjaya dalam mengurus ekonomi negara dalam era pandemik ini dan membincangkan penyelesaian yang terbaik kepada pemulihan ekonomi Malaysia menuju ke hadapan dalam mendepani era pascapandemik yang dilihat lebih mencabar.