Pengurusan Bandar Metropolitan: Isu, Cabaran dan Peluang
Penyunting: Dani Salleh, 2004
ISBN 983-2870-44 -1, 163 hlm., RM 28.00
Pengurusan Bandar Metropolitan: Isu, Cabaran dan Peluang merupakan koleksi artikel yang membincangkan pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan, kawalan pembangunan, pemasaran produk pelancongan, pembangunan komuniti, pengurusan awam, pembangunan bandar dan luar bandar dan pembangunan perumahan.Himpunan artikel ini telah diolah dengan jelas oleh penyunting bagi memudahkan para pembaca memahami dengan lebih mendalam isu dan konsep yang dibincangkan.
Buku yang dihasilkan ini juga, diharap mampu menjadi satu wahana penerbitan yang dapat memberi panduan kepada seluruh masyarakat dalam pengurusan bandar secara umumnya. Sesungguhnya, buku ini sesuai untuk para pengkaji, penyelidik, pensyarah dan juga pelajar yang terlibat dalam bidang pengurusan bandar.