10
Pengguna Bijak Undang-Undang
RM28.80 RM32.00
Pengguna Bijak Undang-Undang
Price RM28.80 RM32.00
Product SKU 9789672064435
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 1.6 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Pengguna Bijak Undang-Undang

Roos Niza Mohd Shariff, 2017

ISBN 978-967-2064-43-5, 285 hlm., RM 32.00

 

Penerima Anugerah Buku Negara 2018

Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Undang-Undang

 

Buku ini mengupas hak pengguna dari pelbagai aspek perundangan. Bermula dengan latar belakang sejarah undang-undang kepenggunaan, buku ini mengupas isu-isu kepenggunaan dari sudut perundangan dan mencadangkan kaedah yang dapat membantu pengguna berlandaskan kaedah perundangan juga. Perbincangan turut menyentuh sejarah ekonomi dunia yang berkaitan kepenggunaan terutamanya sistem ekonomi kapitalis dan sistem pasaran terbuka dalam mendedahkan bentuk-bentuk manipulasi ke atas pengguna. Isu-isu kompleks lain yang turut dibincangkan termasuklah penipuan dalam Internet ke atas pengguna. Implikasi perundangan dalam isu rumah terbengkalai turut dikupas dengan mengutamakan hak pengguna dalam tuntutan ganti rugi.

 

Pelbagai kes dalam salah laku perubatan dan pembedahan kosmetik boleh dijadikan tauladan di samping pengenalan kepada beberapa Akta dan Konvensyen yang berkaitan dengan kepenggunaan. Ancaman racun serangga, bahan kimia, bahan tiruan dan pengawet dalam makanan turut dikupas dari sudut perundangan. Isu alam sekitar serta Tribunal Tuntutan Pengguna turut dibincangkan dalam memperkasakan hak pengguna.

 

Buku ini bertujuan mendidik pengguna ke arah bijak undang-undang dan tahu mengaplikasikan hak pengguna agar dapat mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa manipulasi dan penipuan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews