RM32.50
Pengenalan Kepada Sistem Percukaian di Malaysia
Price RM32.50
Product SKU 983247941X
Availability Out Of Stock
Description

Pengenalan Kepada Sistem Percukaian di Malaysia

Nor Aziah Abd. Manaf, Noraza Mat Udin & Zaimah Zainol Ariffin, 2003

ISBN 983-2479-41-X, 212 hlm, RM32.50

 

Buku ini mengupas asas-asas utama dan konsep-konsep sistem percukaian di Malaysia. Huraian ringkas tetapi jelas diharap dapat memenuhi keperluan pengetahuan asas bagi seseorang individu pembayar cukai, terutamanya untuk mematuhi peraturan-peraturan di bawah Sistem Taksiran Sendiri yang diperkenalkan secara berperingkat mulai tahun 2001.

 

Semua kelas pendapatan boleh cukai yang diterima oleh individu di bawah Seksyen 4(a) hingga (f), Akta Cukai Pendapatan 1967, diterangkan dan diolah dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh-contoh pengiraan yang jelas juga ditunjukkan dan disertakan dengan soalan-soalan tambahan sebagai latihan kendiri. Semua pengiraan dan kadar yang dimuatkan dalam buku ini adalah mengambil kira Bajet 2003. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan dan memberi perhatian kepada individu dalam sistem percukaian Malaysia serta boleh mengira sendiri cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews