Pendidikan Sekolah Rendah Murid Orang Asli: Cabaran dan Pencapaian
S. Kanageswari Suppiah Shanmugam, Yus’aiman Jusoh @ Yusoff, Arsaythamby Veloo, Ruzlan Md Ali & Rosna Awang Hashim, 2022
ISBN 978-967-0031-11-8, 132 hlm., RM30.00
Pendidikan untuk murid Orang Asli di sekolah rendah menuntut perhatian yang serius daripada masyarakat. Latar belakang dan cabaran murid Orang Asli tidak sama dengan murid yang lain kerana keunikan dan ciri mereka yang tersendiri. Oleh itu, pedagogi pengajaran dan pembelajaran mereka semestinya digubal dan dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan khusus mereka.
Matematik menjadi mata pelajaran yang penting di sekolah bagi murid Orang Asli. Oleh itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang sesuai perlu diterapkan supaya ia mencapai hasil yang diharapkan. Sehubungan dengan itu, satu Glosari Tribahasa yang melibatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Temiar turut dimuatkan di dalam buku ini.