✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
10
 Pendekatan dan Pengurusan Pembangunan
RM28.80 RM32.00
Pendekatan dan Pengurusan Pembangunan
Price RM28.80 RM32.00
Product SKU 978-967-2486-44-2
Availability In Stock
Quantity
Description

      Pendekatan dan Pengurusan Pembangunan

      Editor: Ibrahim Wahab, Kalthum Hassan & Wahida Ayob, 2021

ISBN 978-967-2486-44-2, 174 hlm., RM32.00

 

Buku ini memaparkan pelbagai pendekatan dan pengurusan pembangunan dari aspek ekonomi, sosial dan infrastruktur. Namun begitu, pendekatan dan isu yang dikaitkan bukanlah pendekatan dan isu yang baharu, tetapi merupakan aspek pembangunan yang perlu diberikan perhatian. Hal ini untuk memastikan pembangunan dapat diurus dengan baik dan memberikan kesan yang positif kepada sebahagian besar populasi yang terlibat. Secara umum, sesuatu pembangunan itu memberikan kesan kepada sekurang-kurangnya empat aspek penting iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar dan infrastruktur. Oleh hal yang demikian, setiap pendekatan pembangunan perlu diurus dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek yang terlibat semasa dalam proses perancangan.

 

Beberapa pendekatan yang difokuskan dalam pengurusan pembangunan, isu dan kesan pembangunan terhadap kumpulan masyarakat yang terlibat turut diutarakan. Buku ini juga menyentuh keperluan membuat penilaian tentang kesan pembangunan yang dirancang terhadap perkembangan ekonomi, sosial dan alam sekitar di kawasan yang terlibat sebelum sesuatu aktiviti pembangunan tersebut dijalankan. Setiap pendekatan pembangunan perlu diurus dengan teliti dan menyeluruh untuk memastikan pembangunan tersebut memberikan kesan yang positif dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Buku ini memberikan peluang kepada pembaca untuk memikirkan pendekatan dan isu-isu lain yang perlu diambil perhatian dalam pengurusan pembangunan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews