RM31.50 RM35.00
Pemakanan Halalan Toyyiban dalam Pembangunan Keluarga Mithali
Price RM31.50 RM35.00
Product SKU 9789670031927
Availability In Stock
Quantity
Description

Pemakanan Halalan Toyyiban dalam Pembangunan Keluarga Mithali

Khairuin Shaary, 2023

ISBN 978-967-0031-92-7, 160 hlm.,  RM35.00

 

Pemakanan bertemakan halalan toyyiban dalam al-Quran merupakan indikator penting dalam proses membangunkan insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Walhasil, lahirlah generasi anak-anak dalam sesebuah keluarga dilingkungi keberkatan, sihat, berdaya intelek dan menjalani kehidupan yang sejahtera akal, emosi, jasmani serta rohani. Buku ini meneroka konsep pendapatan dan pemakanan halalan toyyiban melalui interpretasi al-Quran, hadis, kitab fiqh dan tidak meninggalkan rujukan yang bertunjangkan tasawuf.

 

Buku ini ialah hasil daripada kajian peringkat sarjana yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Keluarga Mithali peringkat kebangsaan  tahun 2023. Naskhah ini amat sesuai buat pengkaji dalam bidang halal, kekeluargaan Islam, pemakanan, motivasi keagamaan, diet keluarga dan pengurusan pemakanan. Malah, naskhah ini turut berbaloi untuk dibaca oleh individu Muslim dan peminat ilmu Islam kerana isu makanan adalah bersifat malar segar. Pengolahan bahasa dan penyampaiannya tampak sederhana dan sesuai dengan kerencaman intelektual pembaca.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews