Panduan Protokol dan Etiket Sosial
Mokhtar Mohd Tohar, 2005
ISBN 983-3282-26-1, 153 hlm., RM 32.00
Protokol ialah peraturan-peraturan yang diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat atau pelbagai istiadat atau tidak rasmi yang berbentuk formal.
Buku ini memaparkan elemen-elemen protokol dan etiket yang mencakupi peringkat Persekutuan, Negeri dan Universiti dalam usaha melahirkan pemimpin yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bukan sahaja dalam bidang pengurusan tetapi juga mempunyai keterampilan dan pergaulan yang berkualiti tinggi. Buku ini juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada pelajar-pelajar apabila mereka keluar dari universiti dan mula bertugas sama ada dengan kerajaan atau swasta.