20
Multidimensi Pemikiran Sasterawan Kedah
RM48.80 RM61.00
Multidimensi Pemikiran Sasterawan Kedah
Price RM48.80 RM61.00
Product SKU 9789670876665
Availability In Stock
Quantity
Description

Multidimensi Pemikiran Sasterawan Kedah

Editor: Zaidin Abadi & Hasan Baseri Budiman, 2016

ISBN 978-967-0876-66-5, 318 hlm., RM 61.00

 

Multidimensi Pemikiran Sasterawan Kedah ialah hasil kajian dan tulisan yang bernas oleh para pengkaji dan pengkritik sastera terhadap Sasterawan Kedah. Lalu dengan gerak kerja yang berwawasan, buku ini telah diusahakan dengan harapan apabila diterbitkan akan dapat menyumbang kepada khazanah sastera di Malaysia amnya dan di Kedah khususnya. ASASI berharap agar buku ini ini boleh menjadi titik penyambung kepada usaha mengangkat darjat sastera Kedah dalam suatu bentuk pemikiran yang terangkum dalam situasi yang cukup khusus untuk dikongsi bersama oleh para peminat sastera di seluruh tanah air.

 

Bahan-bahan sastera Kedah seperti ini boleh dianalisis oleh ramai pengkaji untuk mengupas dan mengungkap pemikiran-pemikiran hebat Sasterawan Kedah sebagai karya berfalsafah serta boleh dianggap sebagai suatu dokumen sejarah pemikiran dan falsafah orang Kedah boleh dianggap sebagai suatu dokumen sejarah pemikiran dan falsafah orang Kedah. Hal ini kerana, sesungguhnya sejarah sastera itu sendiri adalah sejajar dengan cerminan sejarah pemikiran masyarakat penulisnya, ia bersesuaian dengan matlamat ASASI agar Sasterawan Kedah terus menjadi pemangkin kepada peradaban sastera nasional.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews