Siri Asas Percukaian (Bahagian 6): Elaun Modal, Elaun Imbangan & Caj Imbangan
Kamil Md.Idris, 1998
No. 1/1998, ISSN938-1227-19, 24 hlm., RM5.00
Elaun modal sebenarnya mengambil alih perkataan susut nilai yang dianggap sebagai perbelanjaan dalam bidang perakaunan. Perbelanjaan ini dimasukkan ke dalam akaun untung/rugi sebelum menentukan keuntungan sesebuah perniagaan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun untung/rugi pada dasarnya bergantung kepada kaedah susut nilai yang digunakan oleh perniagaan berkenaan.
Oleh kerana kaedah susut nilai bagi sesuatu aset tetap yang serupa mungkin berbeza antara sesebuah perniagaan dengan perniagaan yang lain, maka Akta Cukai Pendapatan telah menetapkan untuk menggunakan satu kaedah sahaja dalam pengiraa cukai daripada setiap sumber perniagaan. Kaedah yang digunakan bermirip dengan kaedah garis lurus, cuma terdapat beberapa perkara yang berbeza kerana ianya tertakluk kepada Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia dipanggil elaun modal/imbangan dan caj imbangan yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah mengenai harta tetap dalam kategori loji dan mesin yang digunakan dalam perniagaan.