Asas Percukaian Siri 1: Pengenalan dan Pemastautinan
Kamil Md.Idris, 1996
No. 1/1996, ISSN938-1227-19, 24 hlm., RM 5.00
Percukaian ialah suatu bayaran oleh seseorang kepada kerajaan kerana mengguna serta memperolehi kekayaan dan kemudahan negara. Bentuk cukai yang diamalkan kebiasaannya terdiri daripada Cukai Langsung (cukai pendapatan, cukai keuntungan hartanah dan duti setem), Cukai Tidak Langsung (cukai jualan dan Perkhidmatan, duti kastam,duti eksais) dan cukai khas (cukai jalan, cukai pintu dan lain-lain). Hasil kutipan cukai biasanya digunakan oleh kerajaan untuk mengurus, mentadbir dan membangunkan negara.
Cukai pendapatan yang moden mula diperkenalkan di Malaya pada tahun1947 dan tahun taksiran yang pertama ialah pada tahun 1948. Pada tahun 1967 Parlimen telah menggubal undang-undang mengenai cukai pendapatan yang dinamakan Akta Cukai Pendapatan 1967. Akta ini telahpun dipinda beberapa kali sejak diperkenalkan.
Cukai pendapatan di Malaysia bersifat kewilayahan. Ini bermakna cukai dikenakan ke atas pendapatan yang bersumber dari Malaysia. Pendapatan yang bersumber dari luar Malaysia akan dikenakan cukai sekiranya dibawa masuk ke Malaysia dan diperolehi oleh mereka yang bermastautin di Malaysia sahaja. Mereka yang tidak bermastautin di Malaysia tidak dikenakan cukai terhadap pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia dari sumber luar Malaysia.