Analisis Pendapatan dan Perbelanjaan Pekebun Kecil Getah Daerah Kubang Pasu
Azrae Zainol, Ahmad Sobri Jaafar & Abdul Razak Yaakub
No. 4/1997, ISSN938-1227-19, 53 hlm., RM 5.00
Kelembapan sektor pekebun kecil getah pada masa kini barkait rapat dengan faktor daya dan peluang pekerjaan yang wujud dalam sektor bukan getah.
Di samping faktor tersebut,umur pekebun juga menyumbang ke arah daya pengeluaran yang rendah.Semantara itu perolehan pendapatan daripada sumber bukan getah telah memainkan peranan penting dalam meningkat dan meneguhkan pendapatan asas pekebun,di samping memperbaiki corak agihan pendapatan di kalangan pekebun.Kajian ini membincangkan sacara diskriptif kesan keluasan kebun,umur pokok,taraf usaha dan jenis getah yang dihasilkan ke atas perolehan pendapatan pekebun daripada sumber getah.
Analisis kajian ini menunjukkan komponen utama perbelanjaan di kalangan pekebun kecil getah ialah perbelanjaan untuk makanan.Komponen perbelanjaan yang kedua terpenting ialah perbelanjaan persekolahan. Faktor kos sara hidup agak sederhana khususnya di kawasan kajian serta sokongan perolehan pendapatan daripada sektor bukan getah menyebabkan sabahagian daripada pekebun menunjukan prestasi kewangan yang agak memuaskan.Walau bagaimanapun masih terdapat pekebun yang digolongkan dalam kelompok termiskin dan perlu diberi perhatian