RM45.00 RM50.00
Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia dan Diskalkulia: Pengalaman, Strategi dan Sokongan untuk Ibu Bapa dan Guru
Price RM45.00 RM50.00
Product SKU 9789672486282
Availability In Stock
Quantity
Description

Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia dan Diskalkulia: Pengalaman, Strategi dan Sokongan untuk Ibu Bapa dan Guru

Zulikha Jamaludin, Husniza Husni & Masyitah Majid, 2021

ISBN 978-967-2486-28-2, 204 hlm., RM50.00

 

Anak disleksia dan diskalkulia memerlukan perhatian khusus serta kaedah pembelajaran dan pengajaran yang semestinya berlainan daripada anak-anak yang lain. Dek keunikan cara pembelajaran mereka, sama ada nombor (diskalkulia) mahupun teks (disleksia), mereka sudah tentu menghadapi kesukaran dalam mempelajarinya. Sebagai ibu bapa dan guru, kita sepatutnya cuba memahami apa yang terpaksa diharungi oleh anak ini supaya kita dapat memberikan bantuan, sokongan dan semangat kepada mereka agar mereka tidak berputus asa dan terus berusaha.

 

Penulis-penulis buku ini merupakan penyelidik dan pensyarah yang telah lama berkecimpung dalam penyelidikan bagi mencari penyelesaian pendidikan yang berkesan kepada pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka menyingkap pengalaman berharga tentang subjek yang diketengahkan dalam buku ini.

 

Buku ini menyediakan enam bab yang bermula daripada memahami dan mengenal pasti simptom masalah pembelajaran diskalkulia sehinggalah kepada strategi yang boleh digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Buku ini secara keseluruhannya memfokuskan perbincangan tentang diskalkulia dan juga menyentuh sedikit tentang disleksia. Hal ini kerana kedua-dua masalah pembelajaran ini selalunya hadir bersama-sama dan saling berkait. Amat jarang kita dapati seseorang anak itu hanya mempunyai masalah diskalkulia tanpa melibatkan disleksia. Namun, disleksia lebih banyak diberi perhatian dan fokus, lantas menjadikannya lebih diketahui umum berbanding dengan diskalkulia.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews