10
Memoir Harussani Zakaria: Dia Akan Jadi Mufti
RM36.00 RM40.00
Memoir Harussani Zakaria: Dia Akan Jadi Mufti
Price RM36.00 RM40.00
Product SKU 9789672210160
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 0.8 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Memoir Harussani Zakaria : Dia Akan Jadi Mufti

ISBN 978-967-2210-16-0, 2018, 151 hlm., RM40.00

 

Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria adalah anak bongsu kepada pasangan Hj. Zakaria b. Hj. Osman dan Hjh. Zainab bt. Jalaluddin, dilahirkan kira-kira 79 tahun yang lalu di Parit Buntar, Perak. Ayah beliau merupakan seorang yang tegas dalam memberi didikan agama kepada anak-anaknya.

 

Perjalanan menjadi Mufti beliau bermula apabila menjawat jawatan sebagai Kadi di Jabatan Agama Pulau Pinang bermula dari tahun 1967 hingga 1973, kemudiannya dilantik sebagai Kadi Besar dari 1973 hingga 1985.Kefasihan beliau dalam mengulas isu-isu agama Islam telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 hingga kini.

 

Secara umumnya, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Hj. Harussani adalah seorang yang tegas dalam pendiriannya. Ketegasan beliau dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam ini sebenarnya bukan lagi menjadi rahsia, sama ada dalam kalangan sahabat handai, para penyokong, mahupun mereka yang tidak sependapat dengan beliau. Sejarah telah merakamkan betapa lantangnya beliau ketika bercakap tentang isu murtad, poco-poco, Majlis Perundingan Antara Agama, yoga, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, kerajaan perpaduan (UMNO-PAS) dan demonstrasi jalanan.

 

Buku ini bukan hanya pengkisahan memoir tetapi juga memberikan beliau satu ruang penjelasan mengenai isu-isu sensasi yang pernah beliau bangkitkan sebelum ini. Semoga karya ini dapat dijadikan rujukan dan penerangan sewajarnya kepada para pembaca.


Kandungan

 

Kata Pengantar

Prakata

 

Dari Banjarmasin ke Parit  Haji Wahab

Nazar ibu di Tanah Suci

Keturunan Banjar

Keluarga pesawah

 

Asuhan Zaman Kanak-Kanak

Dikurung di dalam reban ayam

Dari sekolah Melayu ke sekolah Inggeris

Orang Banjar makan wadi

Zaman Jepun

Dia akan jadi Mufti

 

Merantau Mencari Ilmu

Mogok lapar di Sekolah Idrisiah Ipoh

Sekolah Al-Attas Johor Bahru

Kolej Islam Malaya

 

Membina Rumah Tangga

Menyunting anak saudara Mufti

Lima cahaya mata

Abdul Hakam

 

Antara Kerjaya Polis dan  Guru Agama

Top Secret and Cicero

Berbalah dengan Ketua Polis Negara

Guru agama St. George’s Girls School

 

Impian Bapa Makin Nyata

Kadi Pulau Pinang

Kadi Besar Pulau Pinang

Isu kunci masjid

Hubungan dengan Tun Razak

Hubungan dengan Tunku

Abdul Rahman

 

Dia Jadi Mufti

Temu duga menjadi ‘syarahan’

Amalan syirik di Istana

Amalan tabal jin

Amalan perasap dan ular emas  

Mencabar jin

Mufti Kerajaan atau Mufti Perak?

 

Teguh Pendirian Soal Akidah  

Isu murtad tanggungjawab negara

Wanita dari Alor Setar

Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Mesyuarat Mufti-Mufti

Kalimah Allah

Poco-poco  

Pembantu rumah

Fahaman radikalisme

 

Terjebak dalam Kemelut Politik

Kerajaan perpaduan di Perak

Krisis dengan Ahmad Awang

Masa depan bangsa Melayu

Pertemuan dengan Haji Hadi

Pertemuan dengan Mahathir

Pertemuan dengan Najib

Think Tank Najib

 

Berdakwah untuk Kesejahteraan Umat

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Persatuan Cendekiawan Islam

Kaedah berdakwah

Bank muamalat di Indonesia

Nota nasihat dan pesanan

 

Bibliografi

Indeks

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews