Just Stay at Home and Read Promotion: Use Coupon Code UUM2020 at Checkout
10
Masyarakat Orang Asli: Impak Program Penempatan Semula
RM45.00 RM50.00
Masyarakat Orang Asli: Impak Program Penempatan Semula
Price RM45.00 RM50.00
Product SKU 9789670876719
Availability In Stock
Quantity
Description

Masyarakat Orang Asli: Impak Program Penempatan Semula

Devamany S. Krishnasamy & Asan Ali Golam Hassan, 2016

ISBN 978-967-0876-71-9, 230 hlm., RM 50.00

 

Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA). Walau bagaimanapun, sehingga kini, masyarakat Orang Asli masih kekal sebagai satu kelompok kecil golongan minoriti yang terpinggir daripada teras pembangunan nasional. Mereka masih digolongkan sebagai “the most marginalized sector of society”.

 

Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli adalah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK). RPS melibatkan perpindahan masyarakat Orang Asli yang jauh berselerak ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi untuk pertanian komersial.

 

PPK pula tidak melibatkan perpindahan penduduk, tetapi kawasan penempatan mereka disusun semula dari segi kemudahan rumah dan komponen infrasosial yang lain. Buku ini membincangkan impak program penempatan semula ke atas petunjuk sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan RPS dan PPK. Hasil penulisan buku ini berdasarkan kajian etnografi dan temu bual dengan 1,235 keluarga yang melibatkan 69 buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews