✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM54.00 RM60.00
Konsep Muamalat Dalam Sistem Francais Islam
Price RM54.00 RM60.00
Product SKU 9789672486923
Availability In Stock
Quantity
Description

Konsep Muamalat Dalam Sistem Francais Islam

Nasri Naiimi, Nurli Yaacob & Munirah Kasim, 2022

ISBN 978-967-2486-92-3, 387 hlm., RM60.00

 

Keistimewaan buku ini kerana gabungan dua disiplin ilmu berkaitan francais iaitu undang-undang dan muamalat Islam khususnya keusahawanan Islam. Pada masa ini, kontrak perniagaan francais yang dibentuk mestilah mematuhi peruntukan yang terdapat dalam Akta Francais 1998 yang bermaksud kontrak francais yang wujud pada masa ini lebih bercorak konvensional. Bagaimanapun, bagi usahawan Islam yang menjalankan perniagaan berbentuk francais, akad Islam yang lain mungkin boleh dilaksanakan sebagai pilihan. Buku ini secara umumnya memberikan gambaran yang berkaitan cadangan bentuk kontrak francais berasaskan akad muamalat Islam di Malaysia pada masa hadapan.

 

Perbincangan yang diketengahkan dalam buku ini keperluan dalam menyediakan satu bentuk alternatif francais Islam kepada usahawan francais, khususnya usahawan francais Muslim di Malaysia. Model baharu francais Islam berteraskan akad penggabungan seperti mudarabah dan musyarakah diketengahkan sebagai alternatif awal, kemudian diperkenalkan juga model baharu francais Islam berteraskan akad pemilikan seperti ijarah dan hibah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews