10
Kompetensi Emosi dan Kualiti Guru Pendidikan Prasekolah di Malaysia
RM18.00 RM20.00
Kompetensi Emosi dan Kualiti Guru Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Price RM18.00 RM20.00
Product SKU 9789670474489
Size (L x W x H) 32 cm x 23 cm x 1.2 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Kompetensi Emosi dan Kualiti Guru Pendidikan Prasekolah di Malaysia

Yahya Don, Yaakob Daud, Mohd Izham Ghazali & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, 2015

ISBN 978-967-0474-48-9, 51 hlm., RM 20.00

 

Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. Perbincangan juga meliputi aspek perbezaan kompetensi emosi dan efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dari segi faktor demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar, serta dimensi utama dalam kompetensi emosi yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru.

 

Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dengan efikasi kendiri. Wujud perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar ke atas guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta.

 

Jelas, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews