10
Kompentensi Kejurulatihan dan Motivasi Pencapaian Atlet-Pelajar IPTA
RM25.20 RM28.00
Kompentensi Kejurulatihan dan Motivasi Pencapaian Atlet-Pelajar IPTA
Price RM25.20 RM28.00
Product SKU 9789670876085
Availability In Stock
Quantity
Description

Kompentensi Kejurulatihan dan Motivasi Pencapaian Atlet-Pelajar IPTA

Lim Khong Chiu, Najib Ahmad Marzuki & Nor Idayu Mahat, 2015

ISBN 978-967-0876-08-5, 90 hlm., RM 28.00

 

Monograf ini dirangka untuk memudahkan pembaca memahami isu yang berkaitan dengan kejurulatihan sukan dan motivasi pencapaian pelajar dalam sukan. Monograf ini mengandungi sebanyak enam bab. Bab pertama membincangkan tentang objektif dan perkaedahan kajian. Bab kedua memberi fokus kepada aspek-aspek kejurulatihan sukan termasuk teori dan model yang berkaitan dengan kepemimpinan dan kejurulatihan sukan. Bab tiga menumpu kepada proses kejurulatihan dalam hubungan antara jurulatih dan atlet serta keberkesanan peranannya sebagai jurulatih.

 

Bab keempat membicarakan tentang hubungan antara kejurulatihan dan motivasi pencapaian sukan. Bab lima melaporkan hasilan kajian yang menjurus kepada persepsi atlet-pelajar terhadap tahap kompetensi kejurulatihan dan motivasi pencapaian sukan. Bab enam adalah penutup dengan membuat rumusan keseluruhan dapatan kajian disertakan dengan implikasi, batasan dan cadangan kajian lanjutan.

 

Oleh itu, berdasarkan maklumat daripada kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu jurulatih dalam merancang strategi-strategi untuk memastikan keberkesanan peranannya sebagai jurulatih.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews