Insiden dan Dimensi Kemiskinan di Baling Kedah
Siti Hadijah Che Mat, 2012
ISBN 978-967-5311-96-3, 77 hlm., RM 22.00
Buku ini menegaskan kemiskinan tidak seharusnya diukur dan dilihat dari sudut kewangan sahaja. Penulisan ini berasaskan kajian yang menggunakan pendekatan Multidimensional Poverty Index (MPI) seperti yang dicadangkan oleh Alkire dan Foster (2007), yang melihat kemiskinan dalam beberapa dimensi yang telah dikenal pasti.
Data yang digunakan adalah data berbentuk primer yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan ke atas isi rumah mengikut mukim yang terdapat di daerah Baling. Ternyata masalah utama yang membelenggu kebanyakan penduduk daerah Baling adalah masalah kekurangan zat makanan dan kekurangan tanah di samping kekurangan ternakan peliharaan.