10
Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa
RM34.20 RM38.00
Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa
Price RM34.20 RM38.00
Product SKU 9789672363286
Availability In Stock
Quantity
Description

Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa

Editor: Mashetoh Abd. Mutalib, Zamimah Osman & Hishamudin Isam

ISBN 978-967-2363-28-6, 147 hlm., RM38.00

 

Buku Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa membincangkan isu-isu penggunaan bahasa dalam konteks yang pelbagai seperti matlamat kajian, medium penelitian sama ada lisan mahupun tulisan, bidang tujahan, variasi data yang diinterpretasikan dan dianalisis serta metodologi yang empirikal dan dinamik. Kekuatan buku ini ditunjangi dengan cara kepelbagaian kupasan data yang menyentuh aspek penggunaan bahasa yang mampu menterjemah idea, wahana dan buah fikiran sesebuah bangsa.

 

Buku ini juga dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada pembaca berkenaan kepelbagaian penggunaan bahasa dalam memahami ekspresi budaya yang menjadi prinsip dan pegangan sesuatu komuniti bahasa dalam membentuk identiti sesebuah bangsa. Buku ini diharap dapat memberikan gambaran dan informasi berguna terhadap penggunaan bahasa, yang akhirnya dapat dijadikan sumber rujukan pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umum untuk menggunakan bahasa dengan baik dan berkesan.

 

Klik> lihat muka surat kandungan


Mashetoh Abd Mutalib, Hishamudin Isam dan Zamimah Osman ialah Pensyarah Kanan di Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Jabatan Pengajian Bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Ketiga-tiganya giat menulis makalah prosiding, artikel bab dalam buku, artikel jurnal, dan buku dalam bidang kepakaran masing-masing, iaitu semantik dan pragmatik, sosiolinguistik, penerbitan dan budaya Melayu.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews