10
Negara Bangsa Malaysia: Asas dan Cabaran
RM48.60 RM54.00
Negara Bangsa Malaysia: Asas dan Cabaran
Price RM48.60 RM54.00
Product SKU 9789670876634
Availability Out Of Stock
Description

Negara Bangsa Malaysia: Asas dan Cabaran

Editor: Rohani Hj. Ab Ghani, 2016

ISBN 978-967-0876-63-4, 284 hlm., RM 54.00

 

Negarawan Tun Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesebuah bangsa yang berjaya adalah mereka yang mempunyai asas identiti yang kukuh dan berjaya mengharungi cabaran. Pembinaan negara bangsa Malaysia merupakan matlamat semua. Impian untuk mewujudkan bangsa Malaysia hanya akan menjadi realiti apabila rakyat bersedia untuk menerima wawasan dan gagasan satu negara satu bangsa.

 

Dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa jalan menuju ke arah idealisme negara bangsa Malaysia masih jauh dan penuh berliku. Kejayaan untuk membina negara bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kita melalui kesediaan memberi dan menerima. Semangat sedemikian telah lama dipupuk dan diterima oleh generasi awal merdeka dalam usaha untuk membentuk negara dan bangsa kita.

 

Siapakah rakyat dan bangsa Malaysia dan bagaimanakah kewujudan mereka serta apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita termuat dalam buku ini. Lakaran konsep, sejarah dan peristiwa serta perdebatan terhadap isu utama dipaparkan dalam beberapa dimensi penulisan. Kesemuanya adalah tentang asas dan cabaran dalam usaha kita untuk membina negara dan “bangsa idaman” iaitu bangsa Malaysia di negara tercinta ini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews