20
Sejarah Putih Batasan Rindu
RM23.20 RM29.00
Sejarah Putih Batasan Rindu
Price RM23.20 RM29.00
Product SKU 9789670876740
Size (L x W x H) 19.2 cm x 0 cm x 1.3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Sejarah Putih Batasan Rindu

Zulfarda M.D., 2016

ISBN 978-967-0876-74-0, 243 hlm., RM 29.00

 

Novel ini mengisahkan kejayaan watak utama iaitu Awang dalam usaha membebaskan hidupnya daripada belenggu kemiskinan dan kebodohan dirinya sendiri. Awang lahir dalam sebuah keluarga yang miskin. Atas dorongan dan semangat ibunya, Awang telah berjaya melanjutkan pengajian ke universiti. Kejayaan itu dimanifestasikan sebagai Sejarah Putih dalam kehidupannya.

 

Selepas tamat belajar, Awang bekerja sebagai guru. Dia sekurang-kurangnya telah berjaya mengubah kehidupan masa lalu yang dianggap sebagai zaman kemiskinan dan kebodohan. Rupa-rupanya, makna kejayaan yang sebenarnya lebih daripada itu. Kegagalannya mempertahankan kebahagiaan hidup dalam keluarga telah bertukar menjadi sejarah hitam dalam hidupnya.

 

Seluruh kehidupan masa lalu dan masa kini telah diamanahkan oleh Awang kepada Haji Aizul (sahabat Awang). Haji Aizul merupakan seorang penulis yang amat patuh kepada unsur-unsur realisme dalam penceritaan.Haji Aizul telah diminta oleh Hajah Dyana (isterinya) supaya memutihkan kembali sejarah hitam yang baru ditempuhi oleh Awang. Haji Aizul membantah kerana tindakan itu tidak realistik. Haji Aizul tidak mahu menipu realiti sedangkan dia ada keupayaan untuk berbuat demikian. Awang terpaksa mencari kaedah yang terbaik untuk mengubat kekecewaan hatinya. Sebagai seorang Islam, Awang berangkat ke Makkah bersama isterinya (Amida).

 

Di Makkah dan Madinah, Awang telah membuat catatan yang cukup puitis dan diberikan kepada Haji Aizul. Haji Aizul telah menjadikan catatan puitis itu sebagai suatu bab / bahagian yang penting dalam novel tersebut. Novel ini ditamatkan dengan impian Hajah Dyana agar Haji Aizul menulis SPBR 2 yang lebih romantis dan imaginatif, tidak seperti SPBR 1 yang terlalu realistik, kurang romantik.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews