40
Lambaian Goodwill Bridge: Sebuah Kisah Cinta Keluarga di Tanah Ratu
RM18.00 RM30.00
Lambaian Goodwill Bridge: Sebuah Kisah Cinta Keluarga di Tanah Ratu
Price RM18.00 RM30.00
Product SKU 9789670876368
Size (L x W x H) 23 cm x 16 cm x 1.6 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Lambaian Goodwill Bridge: Sebuah Kisah Cinta Keluarga di Tanah Ratu

Fendi Ameen, 2016

ISBN 978-967-0876-36-8, 336 hlm., RM 30.00

 

Perjalanan menuntut ilmu di bumi asing dalam suasana baharu yang penuh cabaran boleh menjadikan seseorang itu gagal atau berjaya, bergantung kepada kemampuan masing-masing. Ramai yang pulang dengan tangan kosong atau menghabiskan pengajian separuh jalan dan ramai juga yang pulang dengan kejayaan. Novel ini mengisahkan Malik, seorang tutor dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengikuti pengajian PhD dalam bidang computer security di Queensland University of Technology (QUT), Brisbane, Australia.

Setelah dua tahun berada di bumi Queensland (Tanah Ratu), Malik bersua dengan seorang pelajar perempuan di universiti yang sama, pada suatu musim dingin di atas jambatan pejalan kaki yang sibuk, merentangi South Bank ke kampus QUT yang terletak di Gardens Point. Pertemuan itu telah menarik Malik kepada soal cinta, ketika beliau sedang memberi tumpuan kepada pengajiannya yang masih berbaki kira-kira dua tahun. Pelbagai cabaran muncul dalam hidup Malik, antara cintanya kepada Maiza dan pengajian yang sedang diikutinya. Pun begitu, Malik dapat menempuhi dengan jayanya. Sementelah, kedua-dua ibu-bapa mereka merestui hubungan cinta yang terjalin.

 

Dugaan demi dugaan dihadapi oleh kedua-duanya. Cinta bidadari Inggeris yang fasih berbahasa Melayu turut mengocakkan riak Sungai Brisbane menjadi gelombang ganas, seganas hempasan badai di pantai Coral dalam perhubungan mereka.

 

Akhirnya Malik dan Maiza berjaya disatukan di bawah ikatan perkahwinan. Mereka hidup bahagia dan berjaya dalam pelajaran. Sekembalinya ke tanah air, Malik terperangkap dalam ‘gelora janda muda’ dan cinta dari seorang pelajar menelusuri keindahan Jambatan Bestari di Putrajaya. ‘Gelora belum reda’ dalam rumah tangga mereka. Maiza tabah untuk kekal bersama Malik demi mengenangkan nasib Mia, anak perempuan mereka yang menghidapi autisme dan amat memerlukan kasih Malik. Malik menerima pengajaran dari perbuatannya, apabila diserang sejenis penyakit saraf. Apakah kesudahannya?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews