10
Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik
RM72.90 RM81.00
Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik
Price RM72.90 RM81.00
Product SKU 9789675311307
Availability Out Of Stock
Description

Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik

Ab. Aziz Yusof, 2010

ISBN 978-967-5311-30-7, 479 hlm., RM 81.00

 

Buku ini disediakan khusus kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan untuk memahami, mendalami dan mempraktikkan amalan pengurusan organisasi yang terbaik. Di samping itu, buku ini juga disediakan khusus untuk pentadbir, pemimpin dan pengurus yang sedang mencari kaedah terbaik dalam pengurusan organisasi. Organisasi pada hari ini kaya dengan kepelbagaian, terdedah kepada persaingan dan berhadapan dengan perubahan yang lebih cepat.

 

Kebolehan anda mengurus organisasi secara strategik sajalah yang bakal membolehkan anda dan organisasi anda memperoleh kelebihan daripadanya. Oleh itu, anda perlu berperanan sebagai pemudah cara, pemangkin dan juga pendorong dalam mengurus aset utama organisasi iaitu manusia. Anda perlu pastikan sikap, nilai, personaliti dan juga tanggapan yang mereka miliki mampu memberi nilai tambah kepada setiap rantaian aktiviti pengurusan yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews