✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
10
Ensiklopedia Pengurusan
RM1,530.00 RM1,700.00
Ensiklopedia Pengurusan
Price RM1,530.00 RM1,700.00
Product SKU 9789833827824
Availability Out Of Stock
Description

Ensiklopedia Pengurusan

(Set Lengkap), 2009

RM1,700.00

ISBN 978-983-3827-82-4 (jilid1)

ISBN 978-983-3827-92-3 (jilid2)

ISBN 978-983-3827-93-0 (jilid3)

ISBN 978-983-3827-94-7 (jilid4)

ISBN 978-983-3827-95-4 (jilid5)

 

Jilid 1 – A-B

Jilid 2 – C-J

Jilid 3- K-O

Jilid 4 -P

Jilid 5-Q-Z

 

Spesifikasi Fizikal

  • Saiz 19 X 26.5cm
  • Jumlah Jilid 5 Jilid
  • Jumlah Halaman 2,080
  • Jumlah Entri 1479
  • Kertas Kulit Kulit Keras
  • Kertas Isi Simili Putih 80gsm
  • Jilid Jahit
  • Cetakan 4 Warna

 

Penerbitan Ensiklopedia Pengurusan ini diusahakan oleh Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan satu usaha murni dalam melengkapkan proses memartabatkan UUM sebagai sebuah pusat pengajian ilmu yang mengkhusus terhadap bidang Ilmu Pengurusan. Projek penerbitan Ensiklopedia bermula pada tahun 2000 memandangkan belum wujud ensiklopedia khusus dalam bidang pengurusan. Ensiklopedia Pengurusan ini mengandungi 1479 entri yang mencakupi 16 bidang utama dalam pengurusan iaitu ekonomi, teknologi maklumat dan pengurusan teknologi, perakaunan, pelancongan, hal ehwal antarabangsa, keusahawanan, sumber manusia, pengurusan kerja sosial, perniagaan, insurans, kewangan dan perbankan, pengurusan awam, pengurusan pendidikan, pembangunan, komunikasi dan kualiti.

 

Pembinaan tajuk entri ensiklopedia ini berdasarkan kurikulum yang diajar di UUM dengan memberi penekanan kepada aspek konseptual, filosofikal, teknikal dan historikal serta aplikasi. Terdapat sebanyak 464 orang penulis terlibat dalam Ensiklopedia ini yang terdiri daripada profesor, penyelidik dan ahli akademik universiti. Ia juga dilihat sebagai usaha bagi membuka peluang kepada para ilmuan di UUM untuk memberi sumbangan kepada masyarakat majmuk di luar kampus membaca dan mendalami ilmu pengurusan yang rata-rata dimiliki oleh para ilmuan di UUM ini.

 

Apakah anda tahu tentang Ensiklopedia Pengurusan?

  • Rencana yang dipaparkan berbentuk ringkas dan padat serta mudah difahami merangkumi:
  • Penerangan lengkap atau maklumat asas yang padu tentang sesuatu subjek.
  • Kepelbagaian visual bagi mempertingkatkan makna dan pemahaman seperti foto, lukisan, peta, rajah, carta dan graf.
  • Senarai entri yang berkaitan menggalakkan pembaca meluaskan skop kajian.

 

Siapa Harus Memilikinya?

 

Sekolah

  • Menjadi sumber ilmu yang berguna kepada guru dan pelajar.
  • Untuk memahami konsep-konsep asas sebagai persediaan ke institut pengajian tinggi.
  • Mendidik pelajar menguasai dunia ilmu dalam pelbagai bidang.

 

Institut Pengajian Tinggi

  • Sebagai rujukan dalam pembelajaran dan penulisan tugas, kelas, projek dan yang berkaitan.
  • Mengenal pasti dan membincangkan aspek pembaharuan dalam pengajaran dan amalan pengurusan masa kini.

 

Organisasi/Kementerian/Jabatan/Pejabat

  • Sebagai individu yang juga merupakan sebahagian daripada organisasi tertentu harus mengetahui konsep dan isu berkenaan pengurusan supaya kita lebih memahami kejadian sebenar yang berlaku di sesebuah organisasi.
  • Menjelaskan asas kepada dunia pengurusan meliputi empat bidang utama pengurusan
  • organisasi iaitu, perancangan, pengorganisasian, pengaruh (kepimpinannya) dan pengawalan.
  • Memantapkan sumber ilmu untuk setiap organisasi beroperasi secara cekap dalam membuat keputusan.
  • Mambantu organisasi yang terlibat dalam pembangunan dan penyelidikan.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews