10
Panduan Mengubati Sihir dan Penyakit Melalui Al-Qur’an dan Doa
RM24.30 RM27.00
Panduan Mengubati Sihir dan Penyakit Melalui Al-Qur’an dan Doa
Price RM24.30 RM27.00
Product SKU 9789833827398
Availability Out Of Stock
Description

Panduan Mengubati Sihir dan Penyakit Melalui Al-Qur’an dan Doa

Atef Abd. Al-Tawwab, 2007

ISBN 978-983-3827-39-8, 232 hlm, RM27.00

Sesungguhnya sihir, jin dan penyakit menimbulkan keraguan kepada manusia. Sesetengah manusia tidak percaya akan kewujudannya dan dikira sebagai kurafat. Di dalam al-Qur’an dan hadis ada menyebut mengenai sihir begitu juga dengan penyakit yang berlaku kepada Rasulullah SAW sepertimana yang disebut dalam Hadis Al-Bukhari. Hakikatnya, jin itu wujud dan hidup seperti manusia, namun ia berlaku dalam keadaan yang berbeza. Jin yang jahat boleh memasuki dan mengganggu manusia serta terdapat juga yang berkhidmat dengan orang yang melakukan sihir. Mengubatinya melalui al-Qur’an terdapat dalam syariat Islam. Dalam kehidupan sebenar telah terbukti bahawa dengan al-Qur’an, penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden mampu disembuhkan dengan izin Allah.

 

Al-Qur’an juga dapat menyembuhkan orang yang percaya serta beramal dengannya. Semasa zaman para sahabat dan tabi’in, mereka mengubati penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepada-Nya”. Ibnu Qayyim Al Jawziyah menyatakan bahawa jika al-Qur’an tidak dapat menyembuhkannya, Allah SWT tidak akan menyembuhkannya. Setiap yang berlaku sememangnya telah tertulis sejak azali lagi dan Allah SWT telah menetapkan bila ia akan berlaku dan menjadi kewajipan ke atas manusia berusaha untuk menghindarinya dan setiap kaedah dan cara menyelesaikannya akan mendatangkan kejayaan dengan izin Allah SWT.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews