Hala Tuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Penyelenggara: Asan Ali Golam Hassan, 2007
ISBN 978-983-3827-48-0, 372 hlm., RM 53.00
Buku ini merupakan siri kedua daripada koleksi artikel yang membincangkan cabaran dalam merealisasikan RMK-9 dari sudut perancangan dan pembangunan sektoral dan sumber manusia. Antara isu yang dibincangkan ialah meliputi strategi dan peruntukan pembiayaan rancangan pembangunan ekonomi Negara, ketidakseimbangan sektoral dan sumber, sektor pelancongan, penswastaan, prospek industri Elektrik dan Elektronik (E&E), potensi dan cabaran hab halal, perkhidmatan kewangan dan tranfomasi pendidikan tinggi.
Isu lain yang turut dibincangkan ialah pembentukan modal insan, kepentingan modal dan jaminan sosial, perdagangan di dalam negeri dan kedudukan pengguna serta peranan wanita dalam pembangunan dan transisi demografi di Malaysia.Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan hala tuju dan juga cabaran yang bakal dilalui dalam mengimplementasikan RMK-9.