10
Isu-Isu & Pendidikan Kerja Sosial
RM27.90 RM31.00
Isu-Isu & Pendidikan Kerja Sosial
Price RM27.90 RM31.00
Product SKU 983328261X
Size (L x W x H) 32.5 cm x 23 cm x 1 cm
Availability Out Of Stock
Description

Isu-Isu & Pendidikan Kerja Sosial

Penyelenggara: Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli, Rusimah Sayuti &

Yusmarhaini Yusof , 2005

ISBN 983-3282-61-X, 173 hlm., RM 31.00

 

Isu-isu dan Pendidikan Kerja Sosial merupakan sebuah buku yang mengandungi artikel-artikel yang dihasilkan oleh ahli akademik dan pengamal kerja sosial. Buku ini cuba membawa pembaca meneliti dan mengupas pelbagai isu sosial melalui konteks penyelidikan dan konsep isu-isu tersebut. Antara isu yang diketengahkan ialah gangguan seksual, gejala dadah, HIV/AIDS, kematian, ekologi manusia dan kemiskinan.

 

Segmen pendidikan kerja sosial pula membincangkan tentang kepentingan pendidikan dan latihan dalam konteks profesionalisme kerja sosial. Buku ini diharapkan dapat membantu para pelajar, pendidik, pengamal kerja sosial dan profesion perbantuan yang lain dalam memahami isu-isu sosial dan seterusnya mempertingkatkan perkhidmatan yang diberi kepada klien. Ianya sejajar dengan matlamat kerja sosial bagi melahirkan pekerja sosial yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan mempertingkatkan ilmu untuk lebih berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews