Gunung Tambuyukon: Kembara Umpama Menganyam Kelarai
Norzaliza Haji Ghazali, Mohd Raime Ramlan, Mohd Shamrie Sainin, Md Hairi Md Hussain & Mohd Fauzwadi Mat Ali, 2022
ISBN 978-967-0031-15-6, 123 hlm., RM30.00
Gunung Tambuyukon: Kembara Umpama Menganyam Kelarai ini sarat dengan catatan garis masa pendakian, pengalaman, kejadian, maklumat dan perincian pendakian. Selain itu, terdapat juga banyak petua berguna untuk bakal persediaan pendaki yang ingin menawan Gunung Tambuyukon dan diselit dengan motivasi dan dakwah sebagai nilai tambah catatan pendakian ini.
Kesungguhan dan disiplin yang tinggi adalah kunci penting menjayakan misi pendakian ke Gunung Tambuyukon. Semoga karya ini menjadi salah satu panduan atau rujukan dalam perancangan mendaki mana-mana gunung khususnya Gunung Tambuyukon dan memberi semangat kepada generasi muda untuk menceburi aktiviti pendakian sebegini.