RM27.00 RM30.00
Pengurusan Kualiti Menyeluruh dalam Pendidikan: Teori dan Amalan di Sekolah
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789672486466
Availability In Stock
Quantity
Description

Pengurusan Kualiti Menyeluruh dalam Pendidikan: Teori dan Amalan di Sekolah

Siti Noor Ismail & Shamsuddin Muhammad, 2021

ISBN 978-967-2486-46-6, 131 hlm., RM30.00

 

Buku Pengurusan Kualiti Menyeluruh dalam Pendidikan: Teori dan Amalan di Sekolah menghuraikan isu pengurusan kualiti dalam pendidikan, khasnya bagi aplikasi pengurusan kualiti di sekolah ke arah menjana kecemerlangan pendidikan. Perbincangan buku ini meliputi pengertian dan konsep kualiti, para pelopor terkenal dalam bidang kualiti seterusnya konsep serta aplikasi TQM dalam pendidikan, berserta konstruk dan dimensi penting TQM yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

 

Para pembaca kemudiannya didedahkan dengan tahap amalan TQM dan tahap iklim sekolah dalam realiti sebenar kehidupan di sekolah, faktor yang menyokong dan menghalang amalan pelaksanaan TQM di sekolah seterusnya menyelusuri pendekatan serta konsep pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) serta sistem pengurusan kualiti yang terdapat dalam pendidikan di Malaysia. Turut diketengahkan model sekolah cemerlang yang menghubungkan kedua-dua pemboleh ubah amalan TQM dan iklim sekolah berserta dimensi utama yang menyumbang kepada budaya kerja berkualiti dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews