RM25.00
Hubungan Malaysia dengan Vietnam Selatan 1957-1975
Price RM25.00
Product SKU 983287045X
Availability Out Of Stock
Description

Hubungan Malaysia dengan Vietnam Selatan 1957-1975

Rohani Hj Ab Ghani, 2004

ISBN 983-2870-45-X, 183 hlm, RM25.00

 

Tahun 1957 hingga 1975 merupakan antara jarak masa yang penting dalam perkembangan sejarah perhubungan Malaysia antara Vietnam Selatan. Dalam tempoh 18 tahun ini, keduadua buah negara telah mengalami pelbagai detik sejarah seperti perkembangan nasionalisme, kemerdekaan, perkembangan komunisme, pertukaran pucuk kepimpinan dan perubahan ideology negara.

 

Perkembangan ini mempengaruhi perhubungan antara kedua-dua buah negara. Sehubungan itu, penulis cuba mendekati fakta-fakta mengenai apakah asas yang membawa kepada kewujudan gerak balas tersebut, bagaimanakah bentuk sikap daripada kerajaan Malaysia terhadap perkembangan yang berlaku di Vietnam Selatan, sejauh manakah kerjasama tersebut telah cuba diwujudkan oleh kerajaan di kedua-dua negara dalam tempoh 18 tahun itu dan banyak lagi.

 

Buku ini amat sesuai dijadikan panduan oleh para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, para diplomatik serta golongan yang berminat dengan bidang ini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews