40
Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia
RM21.60 RM36.00
Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia
Price RM21.60 RM36.00
Product SKU 9832870441
Availability In Stock
Quantity
Description

Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia

Penyunting: Dani Salleh, 2004

ISBN 983-2870-44-1, 254 hlm., RM 36.00

 

Pembangunan komuniti merujuk kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti bersama-sama dengan agen-agen pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan. Pembangunan komuniti sebagai satu strategi pembangunan negara telah menghasilkan kejayaan, khususnya dalam program-program terancang. Kejayaan pembangunan komuniti ini banyak bergantung kepada penyertaan komuniti itu sendiri, di samping pendekatan-pendekatan sesuai yang dipraktikkan oleh pengamal-pengamal pembangunan komuniti.

 

Perkongsian pengalaman di peringkat lapangan dapat membantu kecekapan perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan komuniti. Ini juga menampakkan keperluan-keperluan pendidikan dan latihan khusus untuk melahirkan pekerja-pekerja pembangunan komuniti yang mahir dan terlatih. Ini selaras dengan cabaran-cabaran yang telah dinyatakan dalam Wawasan 2020 dan juga sebagai cabaran dalam era globalisasi. Koleksi kertas kerja ini merangkumi empat bahagian utama, iaitu Dasar Pembangunan Komuniti, Konsep Pembangunan Komuniti, Strategi Pembangunan Komuniti dan Isu-Isu dalam Pembangunan Komuniti.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews