Pengajaran dan Pembelajaran dengan Teknologi Komputer
Ahmad Jelani Shaari, 2011
ISBN 978-967-5311-73-4, 158 hlm., RM 35.00
Buku ini disasarkan kepada pelajar bidang pendidikan, guru pelatih atau guru novis yang ingin mengenali teknologi komputer dan fungsi dalam bidang pendidikan. Buku ini turut memperkenalkan konsep-konsep asas penggunaan komputer dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Aplikasi-aplikasi dalam pengajaran berbantukan komputer dihuraikan dengan terperinci agar pelajar dan guru mendapat kefahaman yang jelas. Teori-teori berkaitan integrasi komputer dalam P&P juga dibincangkan. Internet serta aplikasi berkaitannya juga diperjelaskan agar pelajar dan guru mendapat gambaran yang menyeluruh di samping manfaat dan implikasi kepada P&P. Isu-isu utama berkaitan komputer dan pendidikan dihuraikan secara ringkas untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan guru.